MASJID SULTAN ABU BAKAR

JALAN GERTAK MERAH
JOHOR
0102110
072281273
07-2282936
26/07/1892

SEJARAH

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia. Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru. Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

BINAAN

Gaya reka bentuk bangunan di zaman kolonial bercampur pengaruh seni bina tempatan amat ketara pada reka bentuk bangunan Masjid Sultan Abu Bakar ini. Reka bentuk bumbungnya bercirikan seni bina Moghul dan tradisional dengan mengaplikasikan konsep bumbung limas. Dinding masjid pula mempunyai kemasan yang dihiasi dengan plaster berukir seperti yang digunakan pada tingkap, pintu dan tiang masjid. Panel-panel marmar di permukaan lantai masjid diimport dari Itali manakala kaca berwarna di atas kubah diimport dari Venice. Keseluruhan bangunan masjid menggunakan konkrit sebagai bahan asas, manakala struktur bumbungnya disokong oleh kerangka keluli. Reka bentuk masjid ini hasil kreativiti arkitek dan jurutera tempatan Johor, iaitu Haji Butawif bin Haji Mohamad Arif dan Dato’ Yahya bin Awaluddin. Masjid yang terbesar di Negeri Johor ini mempunyai pengikat tiang yang diukir hasil adaptasi daripada seni bina klasik Timur Tengah seperti yang terdapat di beberapa buah masjid di Mesir, antaranya Masjid Kaiet Bey, Masjid Markouk, Masjid Sultan Hasan dan Masjid Imam Syafei.

KEMUDAHAN

PETA