MASJID ASY-SYAKIRIN

MENARA BERKEMBAR PETRONAS, JALAN PINANG, NO PENDAFTARAN: JAWI/5/005/2/93 BTH 12 JULAI 1999
W.P. KUALA LUMPUR
1403022
03-23801293
03-23801293
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Dalam Taman Masjid ini dibina pada tahun 1996 Masihi, dan menjadi antara mercu tanda di Kuala Lumpur Conference Centre (KLCC) selain daripada menara berkembarnya. Ia dibina di atas tapak berkeluasan kira-kira seratus ekar. Masjid ini dibina dan diselenggarakan oleh pihak pengurusan KLCC, manakala pengurusan aktiviti dan pengajian di masjid diselia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

BINAAN

Berkonsepkan moden dan gaya kontemporari, masjid ini mempunyai paten reka bentuk yang diselaraskan dengan bangunan KLCC. Ia direkabentuk oleh Zaki Associate yang melakarkan idea reka bentuk Masjid Wilayah dan Masjid Putra. Keunikan masjid ini dapat dilihat pada penggunaan bahan berasaskan logam dan besi dalam seni binanya, yang menjadikan ia masjid berteknologi tinggi. Pengaruh reka bentuk masjid di Iran dapat dilihat pada bahagian mihrab masjid ini, iaitu mengaplikasikan bentuk gerbang separa bulat dan dihiasi dengan hiasan seni muqarnas. Teknik seni tatah, tulisan khat dan ukiran berbentuk geometri menambahkan lagi keindahan pada bahagian tersebut. Di samping tingkap dan pintu, penggunaan sky light menjadi fungsi pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Tetingkap kecil pada bahagian atas dinding menggunakan cermin pelbagai warna bermotifkan geometri. Jerjak yang terdapat pada tingkat atas dewan solat jemaah wanita menggunakan cermin telus dengan motif geometri. Bagi membangkitkan elemen seni bina berteknologi tinggi, bingkai-bingkai besi digunakan sebagai pemegang cermin-cermin tersebut. Kubah Kubah pada bahagian dalamannya yang menampakkan struktur dan juga bumbung telus cahaya adalah ciri-ciri moden masjid ini. Selain itu keseimbangan elemen teknologi tinggi pada kubah diimbangi oleh seni muqarnas dan ditambah dengan keindahan sebuah candelier daripada kristal yang digantung di tengah-tengahnya menjadikan masjid ini begitu unggul dan menarik. Serambi Konsep payung terbuka berasaskan tiang dan bumbung menjadi serambi masjid ini. Kemasan lantai daripada jubin seramik berkilat digunakan pada bahagian ini. Tangga yang menuju ke dewan sembahyang menggunakan kemasan batu marmar hitam dan pemegang tangganya adalah logam berbentuk bulat. Lanskap Masjid ini menjadi sebahagian daripada kawasan taman rekreasi. Masjid yang berkonsep terbuka ini memudahkan orang ramai yang berkunjung ke taman rekreasi KLCC. Saban hari masjid ini dikunjungi oleh orang ramai, termasuk mereka yang mengikuti program dan pengajian agama yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid.

KEMUDAHAN

1. TANDAS DAN TEMPAT WUDUK YANG LUAS DAN SELESA BERTARAF 5 BINTANG. 2. RUANG SOLAT UTAMA BERHAWA DINGIN DAPAT MENAMPUNG 16 RIBU JEMAAH. 3. SKRIM MAKLUMAT LED. 4. PEJABAT DAN BILIK MESYUARAT YANG SELESA. 5. DEWAN SERBAGUNA.

PETA