MASJID JAMEK sultan Abdul samad

JALAN TUN PERAK
W.P. KUALA LUMPUR
1403010
03-26912829
03-26912829
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Jamek ini terletak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Selangor, Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Masjid yang tertua di Wilayah Persekutuan ini mendapat tumpuan orang ramai di sekitar pusat bandar. Sejak tahun 1979 Masihi, kerja-kerja pemulihan dan pembesarannya telah dijalankan sehingga 10 Mei 1983 Masihi yang melibatkan pembesaran masjid ke peringkat optimum tanpa mengubah reka bentuk asalnya. Pembinaan masjid ini hanya mengambil masa selama sembilan bulan dan kosnya telah dibiayai oleh kerajaan dan sumbangan orang ramai. Memandangkan ia menjadi tumpuan ramai, beberapa tahun kemudian pihak kerajaan telah membesarkan ruang masjid ini serta dilengkapi dengan permaidani dan lampu-lampu hiasan. Kerja-kerja pembesaran masjid ini dilakukan pada tahun 1979 Masihi. Kemudian sekali lagi masjid ini diperbaiki pada tahun 1993 Masihi akibat keruntuhan salah sebuah kubahnya. Pada tanggal 23 jun 2017 dengan rasminya masjid ini telah ditukarkan nama dengan nama baru iaitu masjid jamek sultan abdul samad kuala lumpur yang telah dimashurkan oleh kebawah duli yang maha mulia tuanku syarifuddin SHAH ibni almarhum sultan abdul aziz shah sultan selangor. Reka

BINAAN

Rekabentuk Masjid Masjid Jamek mempunyai reka bentuk berdasarkan pengaruh seni bina dari India Selatan atau Moghul. Kubah utamanya diiringi kubah-kubah kecil. Antara ciri-ciri lain ialah menara kecil dan besar yang dilengkapi kubah yang menjadi identiti masjid ini. Arkiteknya Arthur Benison Hubback seorang arkitek Inggeris yang juga bertanggung jawab membina Bangunan Sultan Abdul Samad. Justeru reka bentuk Masjid Jamek ini diselaraskan dengan bangunan tersebut.

KEMUDAHAN

1. tEMPAT WUDUK YANG BERSIH DAN TANDAS YANG SELESA. 2. GALERI YANG MENEMPATKAN GAMBAR-GAMBAR DAN BERITA MENGENAI MASJID SULTAN ABDUL SAMAD. 3. BERDEKATAN DENGAN PERHENTIAN LRT DAN DATARAN MERDEKA. 4. MEMPUNYAI JAMBATAN YANG MERENTASI SUNGAI GOMBAK DARI MASJID KE DATARAN MERDEKA.

PETA