MASJID NURUL HIDAYAH

KAMPUNG PANDAN DALAM, 55100 KUALA LUMPUR
SELANGOR
1008049
013-3639167
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya ia merupakan sebuah surau kampong Pandan Dalam dan tarikh pembukaan surau ini pada tahun 1960-an. Kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM 1,947,937.70. Kos pembinaan masjid ini dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor dan sumbangan orang ramai. Masjid ini dapat menampung kapisiti jemaah sebanyak 3275 orang dalam satu masa.

BINAAN

Binaan masjid ini berkonsepkan binaan dari india dan arab. Ia jelas kelihatan pada bentuk masjid dan juga kubah masjid. Struktur binaan masjid ini berbentuk empat segi dan binaannya hampir sama dengan binaan masjid di sekitar Ampang.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat pada masjid ini ialah kemudahan internet percuma,projector dan skrin untuk paparan, rumah iman dan bilal, kemudahan mesin air mineral, kemudahan cuci kereta, badan khairat kematian, kemudahan van jenazah dan juga bilik pengurusan jenazah

PETA