MASJID KAMPUNG PASIR BARU

43500 SEMENYIH, HULU LANGAT
SELANGOR
1008021
019-2862429
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini dibina atas keperluan penduduk Kampung Pasir Baru setelah berlakunya penempatan semula perumahan penduduk tempatan . Sebelum pembinaan masjid ini , penduduk Kampung Pasir Baru dan Kampung Sungai Lalang menggunakan Surau Kampung Sungai Lalang untuk mendirikan solat . Jadi ini menyebabkan perlunya sebuah masjid didirikan di kawasan berkenaan.

BINAAN

Masjid ini mempunyai dua buah kubah berwarna emas . Sebuah bersaiz besar yang terletak di bahagian atas dewan solat utama . Sebuah lagi kubah bersaiz kecil menghiasi menara masjid . Reka bentuk pembinaan masjid mengikut piawaian JKR 1975 . Bangunan tambahan dan pengubah suaian binaan kepada bangunan asal adalah sumbangan wakaf anak kariah .

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai kemudahan asas masjid yang secukupnya seperti dewan solat utama lelaki dan wanita , dewan solat tambahan di bahagian luar , tempat mengambil wudhuk lelaki dan wanita , tandas dan ruang bacaan . Masjid juga mempunyai sebuah van jenazah yang dibeli atas kutipan dan sumbangan ahli kariah yang telah dikumpulkan selama 3 tahun .

PETA