Masjid ini dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh YM Tengku Ampuan Jamaiyah, Raja Perempuan Selangor. Ianya dibina bagi kegunaan masyarakat disekirtar pantai Morib dan pengunjung-pengunjung pantai yang tersohor ini. Masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor pada tanggal 9 March 1957.
BINAAN
Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk melayu moden dimana kubahnya berwarna kunjng tersergam indah dibahagian depan bangunan masjid dan menara tinggi terletak dibahagian belakang bangunan masjid. Rekabentuk bangunan masjidnya adalah berbentuk segiempat dan dicat dengan warna perak dan putih.
Seluruh bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani biru didalamnya yang nyaman dan selesa untuk para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang s ederhana luas, van jenazah dan urusan jenazah, ruangan solat yang selesa untuk sembahyang dan tempat wuduk