MASJID JAMEK AS SOLIHIN, Kanchong Darat

BATU 22 1/2 KANCHONG DARAT, 42700 BANTING, KUALA LANGAT
SELANGOR
1003026
30/11/-0001

SEJARAH

Didirikan di atas tanah kerajaan dan dibina secara gotong royong yang diketuai oleh En.Rihan. Pada 1935 dipindahkan ke tapak baru (sekarang). Pada 1960, masjid baru telah didirikan menggunakan peruntukan kerajaan dan sumbangan orang ramai dengan kos RM 104 ribu. Diisytihar sebagai Masjid Daerah dan terdapat 18 buah surau di bawah pentadbiran masjid ini.

BINAAN

Senibina masjid ini adalah berupa masjid melayu tradisional. Terdapat satu menara tinggi yang berbumbungkan kubah kecil dipuncaknya melambangkan sebuah rumah ibadat Islam yang cantik dan boleh dilihat dari jauh. Bangunan masjid ini juga mempunyai dua kubah besar dan empat kubah kecil dikiri kanan bumbungnya. Keseluruhan bangunan masjid dibina dari simen dan dicat dengan warna kehitaman, lebih menampakkan keindahan masjid ini dan merasakan tenang untuk beribadah disini.

KEMUDAHAN

Masjid ini mempunyai ruang parkir yang luas dan boleh menampung lebih kurang 50 biji kenderaan pada satu masa. Ianya juga dilengkapi dengan ruang solat yang besar dan tempat wudhuk yang selesa.

PETA