MASJID TUANKU SYED PUTRA JAMALULLAIL, KANGAR

PERSIARAN TUANKU SYED PUTRA, 01000 KANGAR,PERLIS
PERLIS
0901002
0135003019
01/01/1970

SEJARAH

Masjid yang diberi nama Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail telah dibina atas sumbangan ikhlas dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis iaitu AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Masjid ini merupakan salah satu tarikan di bandar Kangar khususnya dan siap dibina pada pada pertengahan tahun 2005. Tuanku Puan Besar Budriah telah menyerahkan masjid kepada Kerajaan Negeri Perlis dengan rasminya pada 15 September 2005 untuk kegunaan rakyat di dalam qaryah dan seluruh rakyat negeri Perlis. Majlis perasmian masjid telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 8 November 2005. Pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan Masjid Tuanku Syed Putra adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis dan Baitulmal Negeri Perlis. Barisan Jawatankuasa Kariah Masjid juga diwujud untuk memantapkan kualiti tadbir urus masjid secara berkesan yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan juga beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang dilantik setelah mendapat perkenan dari Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA