MASJID DIRAJA UBUDIAH

BUKIT CHANDAN,33000 KUALA KANGSAR, PERAK
PERAK
0805051
057776103
26/04/1913

SEJARAH

Masjid Diraja Ubudiah terletak di sebelah kawasan Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina atas titah Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke -28 (1887-1816) kerana menunaikan nazar ketika baginda gering. Kerajaan Negeri Perak kemudiannya telah mengarahkan Coloney Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur sepaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan reka bentuknya telah diserahkan kepada Hubbeck, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan pembinaan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield, iaitu ketua jurutera di Negeri Perak ketika itu. Pada hari Jumaat, 25 Syawal 1331 Hijri bersamaan 26 September 1913 Masihi, Sultan Idris telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan. Penghantaran batu marmar yang dipesan dari Itali pula tergendala akibat meletusnya Perang Dunia Pertama. Setelah beberapa halangan berlaku, pada tahun 1917 Masihi barulah masjid yang terindah di Negeri Perak ini dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah, iaitu pengganti Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916 Masihi. Dibina atas perintah DYMM Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1887-1916. Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid sekiranya kesihatan baginda pulih dari rawatan. Kerajaan ketika itu mengetahui nazar Baginda dan mengarahkan kolonel Huxley dari jabatan kerja raya kuala lumpur untuk menyediakan pelan rekabentuk masjid. Tugas rekabentuk ini diketuai oleh Mr Hubbeck, arkitek kerajaan yang telah merebentuk masjid ini dengan senireka "Moor". Tugas pembinaan pula diketuai oleh Mr. Caulfied, Ketua Jurutera Negeri Perak ketika itu. Peristiwa perkelahian 2 ekor gajah kepunyaan Raja Sir Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah hingga menjejaskan struktur asas pembinaan masjid ini menjadi bualan dikalangan masayarakat setempat hingga ke hari ini.

BINAAN

Mempunyai 1 kubah besar dan 5 kubah kecil dan mempunyai 4 menara tinggi dan 16 menara rendah. Kesemua menara dan kubah disudahi dengan kubah-kubah kecil dan jumlah keseluruhan kubah adalah sebanyak 26. Pembinaan senireka berkonsepkan "moor". Dinding dipenuhi dengan batu-batu marmar yang di bawa dari Itali ketika perang dunia pertama di Eropah.

KEMUDAHAN

["3","5","6","15","17","18","19","20"]

PETA