MASJID MUHAMMADIAH

TAMAN TASEK JAYA, 31400 TASEK, PERAK
PERAK
0801312
0112364188
11/09/2011

SEJARAH

Masjid Muhammadiah Taman Tasek Jaya Ipoh bermula dari surau kecil yang telah dibina oleh Allahyarham Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Mohd Kasim bersama rakan-rakannya pada tahun 1978. Kemudian telah dinaiktaraf kepada masjid pada hari Jumaat 11 Zulhijjah 1428 bersamaan 21 Disember 2007. Idea membangunkan sebuah Masjid Cina Muslim ini diilhamkan oleh Macma Ipoh dengan kerjasama Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz ketika beliau adalah Pengarah Jabatan Agama Islam merangkap setiausaha Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak. Idea ini tercetus memandangkan tiada lagi Masjid Cina di Negeri Perak berbanding kewujudan Masjid India serta Masjid Pakistan. Rekabentuk senibina masjid yang unik ini adalah hasil perbincangan antara Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz, Dato' Dr. Hj Fadzli Cheah b Abdullah selaku pengerusi Persatuan Cina Muslim Ipoh (MACMA IPOH) serta menggabungkan usaha bersama AJK Masjid Muhammadiah dan JKR. Pada tahun 2009, hasil rekabentuk muktamad telah mendapat perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Ketika bertitah dalam Persidangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak kali ke-166 pada 22 Jun 2009, Tuanku yang Dipertua menzahirkan sukacita baginda atas hasrat pembinaan Masjid Cina tersebut. Justeru itu, melalui persidangan tersebut, MAIPk telah bersetuju memberikan sumbangan berjumlah RM2juta di bawah peruntukan zakat asnaf muaalaf. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda selaku yang Dipertua MAIPk telah berkenan menyampaikan cek sumbangan tersebut kepada Pengerusi Macma Ipoh, Dato' Dr. Hj Fadzli Cheah bin Abdullah dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 08 Oktober 2009. Selain daripada peruntukan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, pihak AJK Masjid Muhammadiah turut menerima sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1 juta serta Kerajaan Negeri Perak menyumbangkan RM500,000 dan sumbangan dari orang ramai sehingga mencecah angka RM500,000 atas hasil usaha daripada Macma Ipoh dan AJK Pembangunan Masjid Muhammadiah.

BINAAN

Masjid Cina menggunakan rekabentuk senibina kebudayaan cina di mana atap serta kepakarannya dibawa dari negara cina. Dengan menggunakan rakabentuk senibina kebudayaan cina, Masjid Cina telah berjaya menarik ramai pelancong sama ada dari dalam ataupun luar negara datang melawat Masjid Cina.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -laluan orang kurang upaya -tandas awam -tandas orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -ruang it (wifi) -ruang bilik kuliah -rumah musafir -gazibo (pondok rehat) -kawasan riadah -dewan kenduri

PETA