MASJID JAMEK IDRIS ISKANDAR SHAH I

JALAN ROKAM, KG. SUNGAI ROKAM, 31350 IPOH, PERAK
PERAK
0801307
0123037352
09/02/1963

SEJARAH

Kampung Sungai Rokam pada asalnya merupakan sebuah kawasan tanah perlombongan yang diusahakan oleh Syarikat Inggeris dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Pada tahun 1959, kawasan perlombongan ini telah ditutup secara berperingkat. Setelah tamat kerja-kerja perlombongan oleh syarikat tersebut, kawasan ini telah terpinggir dari arus pembangunan untuk sekian lamanya. kesempatan ini telah diambil oleh pihak Parti Komunis Malaya (PKM) untuk cuba menyusup masuk di kawasan-kawasan lombong terbiar ini bagi mendapatkan bantuan dari penduduk yang masih tinggal, terutamanya dari kaum cina. Dengan keadaan tanah yang terbiar, terdapat sekumpulan kaum cina telah menjalankan penerokaan secara haram bagi mengusahakan tanaman sayur secara berperingkat. Lama kelamaan, kawasan ini telah banyak diterokai oleh kaum tersebut. Sehubungan dengan itu, YAB Dato Seri Panglima Bukit Gantang Wahab, Menteri Besar Perak yang pertama, dengan kerjasama pembesar-pembesar negeri dan pihak keselamatan, telah bersetuju mengambil alih tanah ini untuk menempatkan orang-orang melayu dan dijadikan kampung orang-orang melayu sahaja. Semasa negeri Perak di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Ahmad b Said, perkampungan ini telah dibuka dengan nama kampung Sungai Rokam, bersempena dengan terdapatnya beberapa batang pokok rokam terbiar yang ditanam oleh pekebun sayur sebelumnya. Setelah wujudnya sebuah perkampungan yang didiami oleh keseluruhannya orang melayu, maka cadangan pembinaan sebuah masjid mula dirancangkan oleh penduduk-penduduk bersama pihak Majlis Agama Islam dan juga Pegawai Kerajaan Negeri untuk dikemukakan ke YAB Menteri Besar Perak. Permohonan tersebut telah diluluskan dan proses pembinaannya mula dilaksanakan pada 9 februari 1963,dengan kos pembangunan keseluruhannya pada masa tersebut dianggarkan sebanyak RM45,000 di atas sebidang tanah berkeluasan hampir 1 ekar. Pembinaannya berjalan dengan lancar, dan pada penghujung tahun 1964, pembinaan bangunan tersebut siap dengan jayanya. bangunan masjid ini secara rasminya diberi nama Masjid Sultan Iskandar Shah 1, Kg.Sungai Rokam, Bersempena dengan kewujudannya semasa di bawah pemerintahan Tuanku Sultan. Baginda juga telah banyak menyumbang dan memainkan peranan penting di dalam merealisas0ikan pembangunan masjid ini. Pada 11 Disember 1964, masjid ini telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Ahmad b Said, Menteri Besar Perak di masa itu. Dari tempoh permulaan pembinaannya, Masjid ini telah genap mencapai 50 tahun pada 9 Feb 2013 yang lalu. seiring dengan peredaran masa, keperluan untuk membangunkan semula masjid ini telah dikaji, agar ianya dapat membantu mengeratkan lagi perpaduan dan ukhwah disamping memberi keselesaan untuk beribadah kepada para jemaah bagi tahun-tahun berikutnya.

BINAAN

Bangunan masjid sedia ada adalah merupakan hasil penambahabaikan berterusan bagi memuatkan bilangan jemaah yang semakin bertambah sejajar dengan pembangunan sekitar. antara penambahan yang telah dilakukan : -pembinaan ruang solat di bahgian sisi-sisi dan belakang bangunan -pembinaan bangunan tandas baru masjid ini juga mempunyai kemudahan seperti berikut : -ruang solat utama -ruang solat tambahan -perpustakaan -pejabat tadbir -ruang jamuan -bilik / rumah persinggahan sementara jemaah (homestay) -ruang-ruang sokongan lain ( utiliti )

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -kedai perniagaan -tandas awam -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan -ruang bilik kuliah -rumah musafir

PETA