MASJID IBNU SALAM

KG PENGKALAN PEGOH, 31500 LAHAT, IPOH, PERAK
PERAK
0801303
0195586068
12/01/1960

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini adalah merupakan masjid tua yang terletak di pekan Parit, di Perak Tengah. Apabila masyarakat pekan Parit mendapat masjid baru pada tahun 1960, masjid lama ini telah disumbangkan kepada penduduk kampung Pengkalan Pegoh, yang ketika itu tidak mempunyai masjid. Sebelum adanya masjid ini, penduduk kampung pengkalan pegoh menunaikan ibadah dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di sebuah surau yang terletak berhampiran. Masjid ini kemudiannya dipindahkan secara gotong royong dan dibangunkan di atas sebidang tanah bekas lombong seluas kira-kira 1.5 ekar. Masjid ini telah dirasmikan pembukaannya oleh DYTM Raja Muda Perak, Almarhum Raja Idris Iskandar al-Mutawakkil Alaihi Shah II ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasullah pada tahun 1961.

BINAAN

Pada asalnya, keseluruhan masjid ini adalah merupakan bangunan kayu beratap genting lama kecuali tapak. Hanya tapaknya sahaja yang dibina menggunakan simen dan ditambak tanah bagi meninggikan aras lantai. Sebahagian besar bahan kayu adalah dari jenis cengal dan merbau. Senibina ketika itu adalah senibina lama dan dipengaruhi oleh senibina masjid-masjid dari aceh. Cucur atap dan layar bumbungnya berkerawang indah dan bahagian tingkap berjeriji. tempat wuduknya adalah sebuah kolam buatan dengan binaan simen dan sumber airnya pula adalah dari air hujan. ketika itu masjid ini mempunyai sebuah menara kayu setinggi 20 meter. pada sekitar tahun 80an, masjid ini telah di selenggara dan atapnya di tukar kepada atap asbestos, sebelum kemudiannya diganti pula dengan atap genting moden. Pada sekitar tahun 90an pula sebahagian besar bahan kayuan masjid telah menagalami kereputan dan kerja penyelenggaraan besar-besaran telah dilakukan. Sebahgian besar bahan kayu telah diganti dengan simen, tingkap dan pintu berganti kaca, jeriji berandah berganti bahan konkrit dan tempat wuduk diganti dengan paip air. Keluasan masjid juga telah ditambah bagi menampung pertambahan jemaah. Kubah masjid pula ditukar kepada kubah loyang yang lebih indah dan besar.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -pejabat masjid -ruang makan -ruang memasak -parkir -ruang korban/aqiqah -water cooler -tempat mandi jenazah -laluan orang kurang upaya -kerusi orang kurang upaya -perpustakaan mini -sekolah agama rakyat -ruang bilik kuliah -bilik musafir -kolah -kawasan riadah -dewan solat utama -ruang solat wanita -tandas lelaki dan wanita -balai lintang -rumah sewa -van jenazah -ruang persalinan wanita -cctv -pembesar suara -lcd dan layar besar -whiteboard dan papan kenyataan -menara telekomunikasi -meja dan kerusi kuliah -penghawa dingin

PETA