MASJID AS-SOBIRIN

BANDAR LAHAT BARU, 31500 LAHAT, PERAK
PERAK
0801299
0195259971
05/05/2008

SEJARAH

Seorang individu bernama Saidon Razali Bin Tahir (450203-08-5509) yang tinggal di Kariah Bandar Lahat Baru, Perak. Pada 1 Januari 2001, beliau telah terpilih menjadi ketua kampung Bandar Lahat Baru, Lahat Perak. Semasa menjadi ketua kampung beliau berazam untuk mendapatkan dan membina sebuah masjid di kariah Bandar Lahat Baru ini. Masjid yang ada di Pengkalan Gate Stesen telah penuh dengan jemaah pada hari Jumaat dan kemungkinan besar buat masa depan tidak dapat menampung lagi kehadiran atau kebanjiran jemaah di masjid berkenaan, ahli jemaah yang hadir di masjid berkenaan ialah dari Taman Bandar Baru Lahat, Kg Pengkalan Gate Lama, Kg Pengkalan Gate Tambahan , Taman Johan Gerbang Delima, Taman Badrishah, Taman Halaman Sentosa dan sebahagian daripada penduduk Taman Desa Aman dan Kg Pengkalan Pegoh serta lain-lain taman perumahan yang berhampiran Pada tahun 2008, permohonan pembinaan Masjid Bandar Lahat Baru Perak telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu YAB Dato Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi. Setelah itu, En Saidon Razali Bin Tahir dipanggil oleh Dato Zainal (Pengarah Pembangunan Negeri Perak) memberitahu bahawa kelulusan membina Masjid Bandar Lahat Baru hanya diluluskan RM800,000. Pembinaan Masjid As-Sobirin Bandar Lahat Baru Perak dijalankan pada awal tahun 2009, dan telah siap pada hujung tahun 2009

BINAAN

Masjid ini telah dibina dengan menggunakan bahan-bahan binaan seperi batu bata, simen, besi, kayu dan lain-lain, mempunyai kubah, mihrab dan lain-lain, keperluan asas untuk para jemaah Lantai diperbuat daripada batu, gril pada tingkap dan pintu, jam waktu solat, sejadah, telekung, penghadang tempat solat muslimat, tulisan khat, pendingin udara, paparan digital, hiasan bilik kuliah, kerusi-kerusi serta meja serta lain-lain peralatan adalah sumbangan daripada orang ramai. Masjid ini juga ada disediakan tempat iaitu bilik mandi dan mengkafankan jenazah.

KEMUDAHAN

-tempat wuduk -telekung -sejadah -bilik mesyuarat -bilik pegawai masjid -parkir -tandas awam -ruang bilik kuliah

PETA