MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG 70400 AMPANGAN
N. SEMBILAN
0505005
30/11/-0001
SEJARAH
MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG AMPANGAN PADA ASALNYA TELAH DIBINA PADA TAHUN 1840M PADA ZAMAN YTM DATO' KELANA PETRA KAWAL DAN TELAH DIBAIKI SERTA DIUBAHSUAI OLEH YTM DATO' KELANA PETRA SENDENG YANG MENJADI UNDANG LUAK SUNGAI UJONG PADA TAHUN 1850 HINGGA 1872M. PADA TAHUN 1928, YTM DATO' KELANA PETRA MAAMOR BIN KASIM, UNDANG LUAK SUNGAI UJONG TELAH MEMBINA SEMULA DENGAN BANGUNAN BATU IAITU MENJADI INDUK MASJID SEKARANG INI. TAPAK MASJID INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH ALLAHYARHAM TOK MUKIM.
ATAS NASIHAT YTM DATO' KELANA PETRA MUBARAK BIN DOHAK, NAMA MASJID INI DITUKAR KEPADA NAMA BARU IAITU MASJID JAMEK DATO' KELANA PETRA SENDENG MULAI OKTOBER 1995M YANG LALU. MASJID INI PERNAH DIBAIKI DAN DINAIK TARAF PADA TAHUN 1963M, 1978M , 1991M , DAN 1993M.
SEMASA DIBINA AHLI JEMAAH ADALAH SERAMAI 300 DAN KINI TELAH BERTAMBAH SERAMAI 3000 ORANG.
MASJID INI MENGURUS DAN MENGAWAL SELIA SEBUAH KAWASAN TANAH PERKUBURAN DAN LAPAN BUAH SURAU DI BAWAH SELIAANNYA.
BINAAN
Masjid ini dibina mengikut konsep tempatan, iaitu bumbung berbentuk bertangkup tiga lapis dan mempunyai mahkota di puncaknya. Konsep ini menyerupai masjid-masjid yang terdapat di Melaka, Pahang dan Kelantan. Bangunan induknya berbentuk segi empat dan terdapat penambahan di bahagian kanan masjid sebagai penyambung ruang bagi menampung jemaah pada satu-satu masa. Induk ini didirikan dengan menggunakan bahan daripada batu konkrit yang boleh bertahan lama. Masjid ini masih kukuh dan ia antara masjid yang terkenal di Negeri Sembilan.