Masjid yang berada di atas bukit ini sangat indah bila dilihat dari jauh kerana mempunyai binaan berkonsepkan Masjid moden bersama kubah di tengah binaan masjid. Mempunyai ruang solat yang boleh memuatkan seramai 1500 jemaah.
KEMUDAHAN
Mempunyai deretan rumah untuk kakitangan masjid, beserta tapak niaga pada hari jumaat bagi umat islam berniaga dan kawasan TEMPAT LETAK KERETA yang luas. MASJID INI JUGA ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWAAN PENGINAPAN (6 UNIT), DEWAN SERBAGUNA (KENDURI KAHWIN/PROGRAM)DAN MELAYARI INTERNET SECARA PERCUMA OLEH TM.