Masjid Saidina Othman Ibnu Affan telah mula dibina pada tahun 1984 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1987. Masjid ini dibina adalah untuk menggantikan Surau Jumaat Hidayatul Islamiah yang mempunyai ruang solat terhad serta tidak mampu untuk menampung jumlah jemaah yang hadir untuk solat berjemaah terutamanya ketika Solat Fardhu Jumaat dan Solat Sunat Hari Raya. Maka atas dasar keperluan itulah Masjid Saidina Othman Ibnu Affan ini dibina. Majoriti penduduk di kawasan kariah Masjid ialah kaum Melayu dan selebihnya adalah dari kaum Cina dan India.
BINAAN
Masjid ini mempunyai kubah dan menara biru gelap. Konsep dalamannya adalah ringkas dengan hanya menampilkan sedikit seni khat pada bahagian atas ruangan hadapan masjid ini.
Mimbarnya adalah kayu berukir tradisional dengan ruangan solatnya yang mempunyai dua aras. Secara keseluruhan ia berkonsepkan moden dan ringkas.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan terdapat di masjid ini seperti Ruang dapur untuk urusan sajian dan dewan makan kepada orang ramai. Dewan Syarahan yang berhawa dingin boleh menampung seramai 300 orang peserta kursus/seminar. Dewan ini juga digunakan untuk Majlis Kebesaran Islam,majlis-majlis keraian
seperti kenduri kahwin, doa selamat dan lain-lain.
Selain itu,ia juga mempunyai tapak pengurusan qurban dan bilik pengurusan jenazah yang lengkap di samping mempunyai tapak letak kereta yang luas serta bilik mesyuarat. Van masjid juga disediakan untuk urusan logistik dan penghantaran jenazah.