Cetusan idea untuk mengujudkan sebuah masjid bagi kegunaan penduduk disini hasil dari perbincangan dikalangan penduduk digelanggang badminton pada tahun 1973. Peristiwa banjir besar yang dihadapi oleh penduduk disini dan keperluan untuk mengadakan masjid bagi keperluan penduduk setempat memberikan semangat yang kuat kepada mereka untuk berusaha membina sebuh masjid. Hasil dari muafakat masyarakat dan usaha gigih mereka, maka terbinalah sebuah madrasah yang dikenali sebagai Madrasah Muhammadiah. Kemudian ianya telah diubahsuai untuk dijadikan masjid yang dikenali sebagai Masjid Jamik Batu3 Jalan Cheras dan kini masjid ini telah bertukar nama kepada MASJID AZ-ZUBAIR IBNU AWWAM.
BINAAN
Masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah yang berbentuk bawang seperti kebiasaan masjid terdahulu. Di dalam nya ringkas dan moden dengan menempatkan beberapa potongan ayat al-Quran pada bahagian hadapan masjid.
KEMUDAHAN
Sebagai menepati kehendak sebuah masjid serba guna, beberapa kemudahan disediakan seperti tandas, dewan serbaguna, dewan kuliah dan perpustakaan kecil. Ruang solatnya dua tingkat membolehkan lebih ramai Jemaah yang boleh ditampung. Masjid ini juga mempunyai pejabat pentadbiran dan kelas TADIKA. Bangsal memasak, bilik urusan jenazah dan dua buah van jenazah menonjolkan kepelbagaian kemudahan di masjid ini.