MASJID AL-IMAM AT-TIRMIZI

TAMAN SRI SENTOSA,JALAN KLANG LAMA
W.P. KUALA LUMPUR
1405002
019-3037197
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid ini telah dibina pada awal tahun 2005 dan dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

BINAAN

Masjid ini dibina mengikut rekabentuk moden ala Timur Tengah. Kubahnya yang besar terletak ditengah-tengah bangunan amat menarik dengan ukiran seni khat islam. Menara yang tinggi dibina diluar bangunan lebih menampakkan keindahan seni binaan masjid ini. Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting. Disisi bangunan tingkat dua dihiasi dengan batu ukiran yang cantik yang memberikan pengudaraan yang baik kepada ruang solat utama. Masjid ini mempunyai tiga tingkat ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.

KEMUDAHAN

Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, van jenazah dan urusan jenazah dan ruangan solat yang luas dan rumah pegawai masjid.

PETA