Masjid yang baru siap dibina pada tahun 2011 menggantikan masjid lama di Jalan Padang Tembak yang dulunya kecil dan sudah usang.
BINAAN
Masjid baru ini yang berkonsepkan kemodenan Islam, serba putih di luar dan di dalam masjid. Kawasan masjid yang sangat luas. Mempunyai penjagaan rapi dari segi landskap masjid dan juga hiasan dalaman masjid. Masjid ini boleh dikatakan diantara masjid yang cantik dan moden di Kuala Lumpur.