Projek pembinaan masjid ini adalah dikendalikan oleh Jabatan Kerjaraya Wilayah Persekutuan. Ia mula dibina pada 27hb Januari 1986 dan siap pada 24hb April 1987. Projek ini telah menelan belanja berjumlah RM2,125,652.00. Masjid ini terletak di atas tapak seluas 3 ekar.
BINAAN
KEMUDAHAN
Ia dapat menampung kira-kira 2500 jemaah sembahyang dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti Dewan Syarahan, Kelas Orang Kurang Upaya, Perpustakaan, Sekolah Agama dan Tadika, Pejabat, Bilik Jenazah dan rumah Kakitangan. Dengan adanya Masjid ini, kira-kira 50,000 oenduduk Islam di sekitar Jalan Genting Kelang telah mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan dengan sebaik-baiknya.