MASJID MUADZ BIN JABAL

PERSIARAN SETIAWANGSA, TAMAN SETIAWANGSA,
W.P. KUALA LUMPUR
1404003
03-42569848
03-42565417
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Muadz bin Jabal ini berlokasi di atas sebidang tanah lot 17915, mukim setiawangsa dengan keluasan tanah 633129m persegi dan telah didaftarkan dengan pendaftaran JAWI 1/5/035/. Pada awal pembukaan masjid ini, ianya telah diselenggara dan diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja sebelum ianya diambilalih oleh Majlis Agama Islam WP pada tahun 1998. Kos pembinaan anggaran 5 juta Ringgit Malaysia. Sehingga kini, masjid ini masih belum dirasmikan.

BINAAN

Pembinaan Masjid Muadz bin Jabal bermula pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada tahun 1998. Terletak di Jalan Persiaran Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200, Kuala Lumpur. Tapak masjid ini pada mulanya adalah di bawah pemilikan Kementerian Pertahanan dan telah dibeli dan diambil alih pemilikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pembinaan masjid ini telah dibiayai oleh pihak Kerajaan, pemaju hartanah Island * Peninsular, korporat dan orang perseorangan serta ianya melalui pemantauan oleh Jabatan Kerja Raya. Masjid ini telah banyak dilakukan pengubahsuaian pembaikan dan naiktaraf hasil peruntukan Jabatan Perdana Menteri, JAKIM, JAWI, golongan korporat dan orang perseorangan sebagaimana yang telah tersergam buat ketika ini.

KEMUDAHAN

Setakat ini, masjid ini telah dilengkapi pelbagai kemudahan prasarana antaranya dewan solat utama berhawa dingin, sekolah rendah agama, Kelas Al Quran dan Fardu Ain, 5 unit kuaters kakitangan, dewan serbaguna berkapasiti 350 orang berhawa dingin, bilik kuliah berkapasiti 100 orang berhawa dingin, bilik mesyuarat berhawa dingin, pejabat dan pusat sumber serta kemudahan parkir kereta untuk kemudahan para jemaah.

PETA