Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik pakistan dimana terdapat menara yang tersergam indah diluar bangunan dan kubah-kubah kecil diatas bumbung bangunan. Bangunan tinggi tiga tingkat yang dilengkapi dengan ukiran kesenian pakistan atau india disetiap dedaun pintu lebih menampakkan keindahan bangunan masjid ini.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan dicat dengan warna putih pada keseluruhan bangunan.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir, ruangan solat yang luas, kantin pakistan dan rumah pegawai masjid.