Masjid India pula sangat popular di kalangan peniaga India Muslim di Jalan Masjid India. Masjid ini dibina pada 3 Jamadillawal 1382 bersamaan 10 September 1964 Masihi. Pada mulanya ia dikenali dengan nama Masjid India Selatan. Masjid ini tidak putus-putus dikunjungi oleh masyarakat muslim di ibu kota dan juga musafir.
Seperti Masjid Jamek juga, Masjid India memainkan peranan penting sebagai pusat ibadah di tengah-tengah kesibukan pusat perniagaan terkenal ini. Masjid ini akan sesak dengan jemaah apabila waktu solat Jumaat. Oleh kerana masjid ini digunakan oleh berbagai-bagai bangsa yang menganut agama Islam, khutbah Jumaat dibacakan di dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Urdu, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.