Masjid ini telah mula dibina pada 10 April 1998 dan sia digunakan pada 1hb, Disember 1998 hasil dari sumbangan JAWI sebanyak RM2 juta dan Yayasan Fazlan Berhad sebanyak RM 500,000. Masjid ini dibina diatas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Hj. Abd Kadir bin Hj Abd Majid.
BINAAN
Binaan masjid ini bercorakkan moden ala timor tengah dimana dua menara yang tinggi dan kubah yang indah dibumbungnya.
Bentuk binaan yang menarik dan besar.
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir, dewan dan ruang solat yang selesa.