Masjid Salahuddin Al-Ayubi merupakan antara masjid yang menarik yang terletak di Kuala Lumpur. Masjid yang terletak di Taman Bukit Jati ini dibina pada 17 Zulhijjah 1427 Hijri bersamaan 8 Disember 2006 Masihi. Masjid ini berkonsepkan reka bentuk Timur Tengah dan moden.
Hiasan dalamannya turut mengetengahkan konsep hiasan seperti yang terdapat di dalam masjid-masjid di Timur Tengah. Masjid ini telah dijadikan tempat beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan oleh penduduk sekitar. Pengunjung akan bertambah ramai ketika menunaikan solat Jumaat kerana ia terletak di lokasi yang mudah disinggahi oleh orang ramai.
BINAAN
Binaan masjid yang moden ala timor tengah dimana terdapat menara yang tinggi dan kubah yang tersergam indah.
KEMUDAHAN
dewan serbaguna,dewan makan, tempat pakir kereta, tandas dan tempat wuduk yang selesa, laluan oku, bilik mesyuarat, perpustakaan, bilik pengajian al-quran