Di peringkat permulaannya, tapak Masjid Al-Firdaus adalah merupakan sebuah tapak madrasah dan pusat pengajian agama yang ditubuhkan di atas inisiatif para penduduk Kampong Segambut luar. Ia adalah bertujuan menjadikan madrasah ini sebagai tempat tumpuan khusus bagi para penduduk dan masyarakat sekitarnya untuk mendirikan solat jemaah serta menjalankan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.
Melalui daya usaha pengasas Masjid iaitu Allahyarham Tuan Haji Syed Bin Ibrahim, beliau telah bersetuju untuk mewakafkan dua bidang tanah. Salah satu darinya, diwakafkan untuk dijadikan tanah perkuburan Islam yang baru bagi menggantikan tanah perkuburan sedia ada di Batu 3 Jalan Ipoh yang tidak dapat menampung keperluan masyarakat sekitarnya. Manakala sebidang tanah telah diwakafkan untuk dijadikan tapak asal masjid serta medan letak kereta bagi kemudahan jemaah masjid.
BINAAN
Masjid ini merupakan masjid lama. Penubuhan masjid ini adalah pada tahun 1966 dimana Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan bersetuju agar madrasah dan pusat pengajian agama Kampung Segambut Luar digantikan dengan sebuah bangunan Masjid yang dinamakan sebagai Masjid Al-Firdaus. Pemasyhuran nama rasmi Masjid ini dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Hishamuddin Alam Shah Atiqahullah melalui majlis perasmian masjid yang diadakan pada hari Jumaat 12 Syawal 1387, bersamaan 12 Januari 1968.
KEMUDAHAN
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah:-
1. Van jenazah
2. Dewan kuliah
3. Dewan serbaguna
4. Kuaters
5. Pusat Pentadbiran