Menurut sumber daripada orang-orang tua di Belaga, Masjid Belaga telah dibangunkan oleh Encik Awang Salleh Kecik Bin Awang Tabib sekitar tahun 1870 berdekatan dengan Sungai BElaga. Tetapi kawasan tersebut sekarang telah dibina deretan kedai-kedai kayu. Pada tahun 1976, sebuah masjid baru telah didirikan bagi menggantikan masjid yang lama. Ia dibangunkan di atas tapak masjid yang ada sekarang. Pembinaan masjid ini telah dibiayai oleh pihak kerajaan. Selepas daripada itu, masjid ini mengalami banyak perubahan dan penambahbaikan serta naiktaraf dari semasa ke semasa.