Sekitar tahun 1975, kira-kira 400 orang penduduk Long Busang telah memeluk Islam. Selepas daripada itu, sebuah surau telah didirikan untuk memudahkan umat Islam di Long Busang menunaikan ibadah. Surau tersebut telah diberi nama Surau Darul Ummah yang dibina daripada kayu dan beratapkan zink. Oleh kerana kedudukan surau yang didirikan tersebut berada dalam kawasan yang rendah dan berdekatan dengan sungai, maka ianya sentiasa terdedah kepada ancaman banjir. Oleh itu, apabila hujan turun dengan lebat dan air sungai melimpah, surau tersebut akan turut dibanjiri air. Oleh yang demikian, pada tahun 1987, telah didirkan sebuah surau yang baru oleh pihak kerajaan dengan kos kira-kira
RM 80000.00 untuk memberi keselesaan yang lebih baik kepada umat Islam di sana.