MASJID ASSYAKIRIN

PEJABAT PENTADBIRAN MASJID ASSYAKIRIN, JALAN TANJUNG KIDURONG,
SARAWAK
1315004
086-254758
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Asy-Syakirin didirikan di Kampung Asy-Syakirin yang terletak kira-kira seluas tiga kilometer dari pusat bandar Bintulu. Ia telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Abdul Taib bin Mahmud pada tahun 1987 Masihi. Masjid ini merupakan Masjid Bahagian yang pertama di Bintulu.

BINAAN

Masjid ini menampilkan reka bentuk yang unik dan ia dikategorikan sebagai masjid yang pertama direka bentuk dengan konsep terbuka dan bebas. Pada dasarnya masjid ini mempunyai reka bentuk yang banyak didominasi oleh kubah dan gerbang-gerbang. Bumbung masjid yang dibina mendatar dihiasi oleh sebuah kubah berbentuk payung sedang mengembang. Konsep ini diadaptasi daripada reka bentuk bumbung Masjid Negara. Namun begitu ia tidaklah terlalu tirus dan runcing. Warna biru laut menjadi tarikan pengunjung kerana dapat menyejukkan pandangan terutama bersesuaian dengan persekitaran masjid yang berlatarkan hutan kecil. Tangga naik ke dalam masjid ini dihiasi dengan air terjun buatan sebagai lanskap menambahkan kesegaran suasana di sekitar masjid.

KEMUDAHAN

Masjid ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti ruang pejabat untuk kakitangan masjid, tempat berwuduk yang selesa dan taman untuk beriadah. Antara program yang dijalankan di masjid ini ialah kursus pengajian Islam, kursus motivasi pelajar Islam dan lain-lain lagi.

PETA