LOT 593, JALAN PIASAU JAYA 1F, PIASAU JAYA,
98000 MIRI
SARAWAK
1314006
0168700707
30/11/-0001
SEJARAH
MASJID DARUL EHSAN PIASAU JAYA YANG TERLETAK DI PIASAU JAYA TELAH DIRASMIKAN PADA 1 JANUARI 1997 BERSAMAAN 4 JAMADILAKHIR 1418H OLEH YANG AMAT BERHORMAT PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD, KETUA MENTERI SARAWAK.PENTADBIRAN MASJID INI DI BAWAH SELIAN LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN MELAYU MIRI (LAKMM) DAN DIURUS TADBIR OLEH JAWATANKUASA MASJID DARUL EHSAN. MASJID INI MEMPU MENAMPUNG SERAMAI 2500 ORANG JEMAAH DALAM SATU-SATU MASA.
BINAAN
KOS PEMBINAAN MASJID INI MENELAN BELANJA SEBANYAK RM5 JUTA DAN KELUASAN TANAH UNTUK PEMBINAAN MASJID INI IALAH 8489 METER PERSEGI. KEDUDUKAN MASJID INI TERLETAK DI ATAS LOT 593 JALAN PIASAU JAYA 1F, PIASAU JAYA 98000 MIRI, SARAWAK.
KEMUDAHAN
DI ANTARA KEMUDAHAN PENTADBIRAN YANG TERDAPAT DI BANGUNAN MASJID INI IALAH BILIK-BILIK KELAS, BILIK TETAMU, BILIK MESYUARAT, PEJABAT PENTADBIRAN, ASTAKA, PERPUSTAKAAN, BILIK PENGURUSAN JENAZAH, KERETA JENAZAH YANG MENJADIKAN MASJID INI MERUPAKAN SALAH SATU PUSAT PENGURUSAN FARDHU KIFAYAH YANG UTAMA DI BANDARAYA INI. MASJID INI AMAT POPULAR DENGAN KUMPULAN ZIKIR DAN KUMPULAN NSYID YANG KERAP MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SEKITAR BANDARAYA MIRI.