MASJID NURUL IMAN,TAMAN PANTAI LOK KAWI,PAPAR

D/A PEJABAT JHEAINS PAPAR , TINGKAT 1, BANGUNAN URUSETIA PEJABAT DAERAH PAPAR 89608 PAPAR
SABAH
1231014
088-912971
088-912971
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Nurul Iman, Pekan Lok Kawi telah diasaskan pada 11 Jun 1985 bersamaan 23 Ramadhan 1405H oleh Tuan Haji Abdul Karim. Pada asalnya, masjid berkeluasan 20 X 30 kaki untuk kegunaan para jemaah Taman Pantai Lok Kawi dan sekitarnya menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Namun demikian, solat fardhu Jumaat hanya dimulakan pada awal 1992. Pembentukan AJK Masjid Nurul Iman yang asalnya diperbuat daripada kayu ini hanya bermula pada 1992 yang mana Tuan Haji Andul Karim selaku Pengerusi pertama dan sehingga kini telah mengalami pertukaran kepimpinan sebanyak tujuh kali juga yang mana pengerusi dalam AJK masjid pada hari ialah Tuan Haji Abd Razak Hj Awg Durahman yang baru dibentuk dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan pada 20 Januari 2008 yang lalu. Sejak ditubuhkan sehingga kini masjid telah mengalami pengubahsuaian melibatkan pembesaran masjid untuk kegunaan para jemaah Pekan Lok Kawi dan kawasan sekitarnya yang mencecah 1000 orang khususnya pada musim perayaan dan pada hari Jumaat. Masjid ini banyak menerima sumbangan orang ramai yang juga merupakan dana utamanya disamping peruntukkan daripda JPPS untuk pengubahsuaian kecil termasuk mengecat dan pembaikan yang perlu.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA