PEJABAT JHEAINS,
BANGUNAN URUSETIA LAMA, P/S 133,
89857 SIPITANG.
SABAH
1217012
0195849053
30/11/-0001
SEJARAH
Permulaan Masjid dibina di Kg. Ulu Sipitang pada tahun 50an di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Tuan Hj Katak Bin Ahmad. Masjid ini dibina secara gotong-royong. Kos perbelanjaan pembinaan Masjid ini daripada derma orang kampung. Bangunan dibina daripada kayu. Keluasan bangunan 20'x20' kaki.
PEMBINAAN SEMULA MASJID.
Pada tahun 70an, Masjid lama diroboh sebab sudah usang dan diganti dengan bangunan yang baru. Keluasan bangunan lebih kurang 30'x40' kaki. Bangunan dibina daripada kayu. Anggaran perbelanjaan tidak diketahui.
Pada tahun 80an, sekali lagi bangunan diubahsuai dalam keluasan yang sama.
Pada tahun 90an, sekali lagi bangunan diubahsuai dalam keluasan 70'x60' kaki termasuk tandas Kelas KAFA, Kolam Wudhu'.
Pada tahun 2007, Atap telah diganti dengan Atap Spandik dan pemasangan tangki.