JUMAAT 15 RABIULAKHIR 1401 H/ 20 FEB 1981 PERLETAKKAN BATU ASAS OLEH YB TAN SRI TG. RAZALI HAMZAH. MEN. KEWANGAN MALAYSIA. PENYESUAIAN TAPAK 11 OKT 1982. PEMBINAAN BANGUNAN 23 SEP 1985. SIAP DIS 1989. PERASMIAN HARI JUMAAT 5 MUHARRAM 1411H/27 JULAI 1990.
BINAAN
Reka bentuk masjid ini berkosepkan moden dan terkehadapan jika dibandingkan dengan reka bentuk masjid-masjid yang sedia ada. Rupa bentuk bumbung masjid ini dibuat berdasarkan bentuk bintang. Di bahagian bumbung sebelah atas sebuah kubah berbentuk gasing menjadi titik fokus masjid ini. Kubah ini berbentuk licin dan hanya dilakari dengan bentuk-bentuk geometri senada yang menonjolkan identiti yang lebih ringkas dan sederhana sebagaimana penampilan hiasan di bahagian dalam kubah. Jika dilihat secara keseluruhan masjid ini seakan-akan sebuah kapal angkasa yang sedang mendarat di bumi.
Masjid ini diketengahkan dalam bentuk yang meminimumkan ruang dan penampilan hiasan yang tidak keterlaluan. Hiasan daripada tulisan khat potongan ayat-ayat suci al-Quran di kiri dan kanan mihrab mengimbangi kekosongan ruang. Keistimewaan masjid ini juga terletak pada reka bentuk mihrab yang diperbuat daripada kayu yang kemudiannya diukir halus bermotifkan geometri dan flora. Mimbar masjid yang berbentuk tangga dan berpelantar juga diselaraskan dengan bahan serta ukiran yang sama.