Putera Jaya pada asalnya adalah kawasan perpindahan bagi penduduk Kampung Tasek yang sering terlibat dengan banjir. Terletak dalam mukim Masjid Kampung Buluh dinaiktaraf kepada masjid bagi memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan juga kakitangan kerajaan daerah Setiu yang mendiami kuarters kerajaan, apabila daerah Setiu ditubuhkan pada tahun 1985.
Masjid yang bernilai kira-kira RM 1.9 juta merupakan mercu tanda kepada sebuah penempatan baru dan kawasan perumahan kakitangan kerajaan. Dibina di atas tanah kerajaan seluas 4 ekar, kira-kira lima kilometer dari Bandar Permaisuri. Masjid ini dapat menampung kira-kira 1,500 orang jemaah. Kos pembinaan adalah daripada kerajaan negeri.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada Isnin 31 Mei 1999 bersamaan 15 Safar 1420.KAWASAN PENEMPATAN BARU