Masjid Kampung Mangkok terletak di Kampung Sebelah Hulu Mangkok. Masjid ini mula-mula dibina pada tahun 1924 dengan nama asalnya Masjid Tok Ku diambil bersempena dengan nama Tok Ku Syed Sagor. Walaubagaimanapun masjid ini terpaksa dipindahkan ke kawasan yang baru pada tahun 1968 berikutan perpindahan besar-besaran penduduk kampung ini ke kawasan penempatan yang baru iaitu Kampung Kuala baru.
Masjid ini kemudiannya dipindahkan ke atas tanah milik En. Muda bin Cik dan En. Yahya bin Deraman yang kemudiannya di wakafkan kepada masjid sebagai tapak masjid. Status tanah adalah tanah wakaf. Masjid ini dibina adalah hasil daripada sumbangan dan derma daripada orang ramai pada pada masa tersebut. Binaan masjid ini adalah separuh kekal di Mukim Pantai dengan kapasiti jemaah kira-kira 200 hingga 250 orang pada satu-satu masa.
Antara Pegawai Masjid yang bertugas di masjid ini adalah Tuan Haji Ghani bin Ismail dan Tuan Haji Muhammad Nor bin Ab. Rahman selaku Imam dan dibantu oleh En. Hanapi bin Muhammad dan En. Wan Aluha bin Muktar selaku Bilal bertugas.
Persempadanan Jumaat bagi masjid ini adalah bersempadan dengan laut di sebelah Utara dan Sungai di sebelah Selatan. Manakala disebelah Timur adalah Kampung Baru Penarik dan Barat pula Kuala Sungai iaitu Kuala Sungai Setiu.
(tambahan maklumat) Masjid ini terletak di atas tanah seluas 1 ekar dengan jumlah muatan kira-kira 300 orang jemaah. Masjid ini mula dibina pada tahun 1968. Kemudian masjid mula diperbaharui pada tahun 2007 dengan mendapat sumbangan kerajaan sebanyak RM5,000.
Masjid ini dahulunya berada di Kg. Mangkok dan sekarang berpindah ke tempat sekarang. Pada tahun 2007 masjid diperbesarkan sebanyak 12 kaki lebar dan panjang 50 kaki panjang. Sumbangan kayu adalah daripada masjid lama penarik.