MASJID KAMPUNG BINTANG

KG. BINTANG, GUNTUNG
TERENGGANU
1107039
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid kg bintang merupakan salah sebuah masjid daripada 491 masjid yang terdapat di negeri Terengganu.masjid ini terletak di kampong bintang,mukim guntung daerah setiu,Terengganu.terletak 87 km dari kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar jerteh.masjid ini menjadi tumpuan utam penduduk kampong sekitar seperti kg. bahagia,kg alor serdang dan bukit gerebar dalam menjalankan aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.masjid ini menjadi persinggahan musafir dari kota bharu,Kelantan dan kuala Terengganu kerana ia berada tengah-tengah antara dua tempat tersebut. Bangunan lama masjid kg. bintang dibina sejak tahun 1960an lagi.bangunan lama ini dibina menggunakan kayu sepenuhnya dari hasil sumbangan tenaga dan derma dari penduduk setempat ketika itu.disebabkan keadaan masjid yang semakin uzur dan peningkatan jumlah penduduk maka masjid baru dibina di tapak bersebelahan masjid lama dengan keluasan lebih kurang 0.6 hektar. Bangunan ini menggunakan konkrit sepenuhnya. Pada tahun 2004, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membina bangunan masjid baru dengan meluluskan peruntukan kewangan sebanyak rm1.8 juta.bangunan baru ini mula dibina pada julai 2005 dan siap sepenuhnya pada ogos 2006.apabila siap sepenunya pihak jkr telah menyerahkan bangunan ini kepada jabatan hal ehwal agama Terengganu dan penduduk setempat mula menggunakanmasjid baru untuk beribadat. Masjid kayu lama mula dirobohkan dan tapak masjid lama menjadi tempat letak kereta sehinggan sekarang. Pengisytiharan kebenaran menggunapakai dimaklumkan ketika pertama kali digunakan untuk sembahyang jumaat.imamkan mengumumkan penggunaan pada masyarakat setempat dengan kebenaran oleh jabatan hal ehwal agama setiu.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA