MASJID KAMPUNG RHU SEPULUH

KG. RHU SEPULUH, PENARIK
TERENGGANU
1107035
30/11/-0001

SEJARAH

Pembinaan Masjid Kampung Rhu Sepuluh bermula kira-kira 33 tahun yang lalu. Berikutan perpindahan penduduk Kampung Kuala Baru pada tarikh 19 Mei 1979 ke Kampung Rhu Sepuluh. Perpindahan penduduk Kampung Kuala Baru Ke Kampung Rhu Sepuluh telah menimbulkan kesukaran kepada penduduk kampung tersebut untuk menunaikan Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Fardu secara berjemaah kerana terpaksa berulang alik ke Masjid Kampung Penarik yang terlalu jauh pada masa itu. Dengan bantuan daripada kerajaan bersama-sama dengan wakil rakyat pada masa itu iaitu Yang Berhormat Dato’ Tengku Mahmod Mansor, maka pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah Masjid baru di Kampung Rhu Sepuluh pada tahun 1981. Masjid ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1982. Binaan Masjid separuh kekal ini dibina di atas Tanah Kerajaan dengan keluasan tanah kira-kira 2 ekar di lot 2528 mukim Chalok 11. Masjid ini boleh memuatkan Jemaah kira-kira 400 orang pada satu-satu masa. Persempadanan Jumaat bagi masjid ini adalah dari utara Kampung Bukit Chalok dan Selatan Kampung Pandan Jaya. Manakala arah Timur dikelilingi dengan laut dan barat pula kawasan berbukit bukau. Antara Pegawai Masjid yang bertugas di masjid ini ialah, Mohd Arifin bin Mamat selaku Imam dan di bantu oleh Tiga orang Bilal iaitu Tuan Hj. Yusuf bin Razak, En. Bahardin bin Wan Ibrahim dan En. Muhamad bin Sulung. (tambahan maklumat) Masjid Kampung Rhu Sepuluh dibina pada Ogos 1982 di atas tanah seluas 2 ekar. Masjid yang berharga RM300,000.00 ini mendapat sumbangan daripada kerajaan negeri. Masjid ini dapat menampung seramai kira-kira 300 orang jemaah. Masjid ini dirasmikan pada tahun 1983 oleh Menteri Besar Terengganu iaitu Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA