MASJID KAMPUNG BESUT

KAMPUNG BESUT
TERENGGANU
1107022
30/11/-0001

SEJARAH

Persempadan Jumaat masjid ini dari Utara Kampung Besut, Selatan Kampung Bukit Pepari, Timur Kampung Bukit Gambir dan Barat Kampung Che Long Bawah. (tambahan maklumat) Masjid ini dbina pada tahun 1976. Dipindahkan daripada Kg. Besut Lama. Tapak masjid ini berkeluasan 1 ekar. Kapasiti bilangan jemaah adalah seramai 400 orang. Anggaran kos pembinaan ialah sebanyak RM50,000.00. Mendapat sumbangan daripada ahli kariah dan juga orang ramai Masjid ini telah dibina pada tahun 1979 berikutan perpindahan penduduk Kampung Che Besut (Kg. Besut Lama) ke Kampung Che Long, maka masjid sedia ada turut dipindahkan. Masjid ini dibina adalah hasil daripada derma daripada orang ramai dan bantuan kerajaan. Berikutan pertambahan penduduk dari masa ke semasa, pada tahun 1996 penduduk kampung bergotong-royong membesarkan masjid ini dengan anggaran kapasiti bilangan jemaah masjid baru ini kira-kira 400 orang. Anggaran kos pembinaan membesarkan masjid ini adalah kira-kira RM50,000.00. Status tanah tapak masjid ini adalah sepenuhnya tanah kerajaan dengan keluasan kira-kira satu ekar. Antara Pegawai Masjid yang bertugas di masjid ini ialah Tuan Haji Abd Aziz bin Seman dan En. Yunus bin Sulaiman selaku Imam dan dibantu oleh dua orang Bilal iaitu En. Zakaria bin Pak Amat dan En. Mat Yaakub bin Mat Ali.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA