Masjid ini dibina oleh pengurusan ladang oleh kumpulan (ladang-ladang Terengganu) pada tahun 1974. Dirasmikan oleh pengurusan kumpulan ladang. Kapasiti bilangan jemaah adalah 400 orang jemaah.
Didirikan di atas tanah seluas 2 ekar. Jumlah kos pembinaan adalah RM50,000.00 daripada pengurusan kumpulan ladang-ladang.
Kini masjid ini dapat menampung jemaah seramai 150 orang pada satu-masa. Bangunan masjid ini dibina dengan menggunakan kayu dan sebahagian konkrit (lantai).Para jemaah itu terdiri daripada penduduk tempatan dan majoriti pekerja-pekerja Indonesia yang beragama islam.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan dapat menyelenggara semula masjid itu, bagi menjamin keselesaan para jemaah untuk menunaikan solat dengan selesa.
Pada tahun 1972,pembinaan surau telah dilaksanakan oleh syarikat kumpulan ladang-ladang Terengganu Sdn. Bhd yang berkapasiti jemaah tidak kurang daripada 40 orang pada ketika itu.Bermula tahun 1975, status surau itu dinaiktaraf menjadi sebuah masjid yang berkapasiti lebih kurang 50 orang jemaah pada waktu solat jumaat.Sebelum masjid ini dinaiktaraf,semua penduduk ladang jaya menunaikan solat Fardhu Jumaat di masjid Sungai Tong,Setiu,Terengganu.