Masjid yang berharga RM 700,000.00 dimulakan pembinaannya pada dan siap sepenuhnya pada ..... dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah. Kos pembinaan adalah daripada kerajaan negeri.
Model Masjid Langkap sama dengan Masjid Kubang Jela, Kuala Terengganu, Masjid Batu Tiong dan Masjid Santong, Dungun.Bangunan lama masjid ini dipindah sebagai surau di Kg. Sg. Durian Guntong dan sebahagian lagi sebagai surau di Kg. Bukit Maras, Bangool, Mukim Tasek, Setiu. Tarikh berjumat di masjid ini ialah 5 Julai 1996.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu pada Khamis 21 November 1996 bersamaan 10 Rajab 1417.
Tapak masjid yang pertama adalah dalam kampung, kemudian didpindahkan ke tapak yang kedua. Masjid ini dibina secara bergotong-royong ketika itu dibuat dari kayu.Kira-kira lebih kurang pada tahun 1950-an sehinggalah pada tahun 1995, masjid sekarang ini telah boleh diguna pakai yang dibina bersebelahan dengan masjid asal.Masjid ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri pada pembinaan yang pertama dahulu.Namun segala pengubahsuaian adalah menggunakan daripada sumber derma daripada orang ramai.
Pada tahun 1950 di bawah pimpinan Imam Haji Ismail dipindahkan ke tapak baru di atas lot 379 Mg 246 di atas tanah seluas 0.5 ekar. Tapak masjid ini diwakafkan oleh Khatib Othman bin Ahmad yang luasnya 780 meter persegi pada 14 Mei 1961 bersamaan 29 Zulkaedah 1380.Masjid ini dibina bagi menggantikan masjid lama. Dibina dengan lebih tinggi untuk menggelak daripada ditenggelami banjir.