MASJID KAMPUNG BUKIT AMAN

KG. BUKIT AMAN,HULU NERUS
TERENGGANU
1107003
0
0
01/01/1970

SEJARAH

Masjid Kampung Bukit Aman terletak di atas tanah seluas 2 ekar, milik Kerajaan. Manakala kos pembinaannya ialah RM150,000.00 di bawah peruntukan kerajaan persekutuan. Bangunan ini dibina pada tahun 1990 bagi menggantikan bangunan kayu yang asalnya surau dibina pada tahun 1961 dengan derma dan gotong royong orang kampung yang didirikan di atas tanah milik individu. Apabila bilangan jemaah semakin bertambah dengan bertambahnya penduduk, Jawatankuasa JKKK memohon sebuah bangunan baru bagi keselesaan jemaah. Apabila bangunan tersebut siap pembinaannya pada tahun 1991 maka ahli jemaah berpindah ke bangunan baru setelah diluluskan dan diistiharkan sembahyang Jumaat di bangunan itu.Kampung yang terlibat ahli Jumaat dalam Mukim Masjid ini ialah Kampung Bukit Lawang, Kampung Lubuk Teras dan Kampung Bukit Aman.Persempadanan Masjid Kampung Bukit Aman, di sebelah Timur ialah Kampung Bukit Lawang, sebelah Barat Kampung Alor lik, sebelah utara Sungai Nerus, sebelah Selatan Kebun Getah

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA