Masjid ini telah dibina secara gotong royong, di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Hamzah pada tahun 1930. Telah mengalami beberapa kali pembesaran dengan peruntukan kerajaan negeri. Pada tahun 1975 diubahsuai dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM10,000.00 dan sumbangan orang ramai sebanyak RM15,000.00. Pada tahun 1996 diperbesarkan dengan peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah RM500,000.00.