Bermula pada tahun 1950an, Allahyarham Hassan bin Haji Mohamad telah mewakafkan sebahagian daripada tanahnya untuk tapak surau. Mereka masih berjumaat di Masjid Kampung Tasek.
Pada tahun 1962, di atas tanah seluas satu ekar yang diwakafkan oleh Tuan Haji Abdul Kadir bin Tahir, yang jaraknya 500 meter dari tapak surau asal. Pada tahun 1987, masjid ini telah mengalami perubahan apabila kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM 150,000.00. Kerja-kerja dimulakan pada 17 September 1987 dan siap sepenuhnya pada 12 Februari 1988. Sebahagian bangunan lama diserapkan ke dalam bangunan baru.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amar Diraja Haji Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu pada hari 10 Jun 1988 bersamaan 25 Syawal 1408H. Tarikh kebenaran berjumaat di masjid ini ialah 4.3.1988.