Masjid ini dibina di atas lot PT861 yang berkeluasan 0.5621. Dahulu merupakan sebuah surau yang dibina oleh Ketua Kampung ‘Batin Minal’ bersama Imam “Lebai Jambul†pada tahun 1940an. Pada tahun 1960an ianya diperbesarkan oleh Imam Deris Abu dengan cara dibina semula ditapak baru berhampiran tanah perkuburan Pulau Pinang (Pulau Redang).
BINAAN
Masjid ini terdiri daripada bahan binaan dan kayu rumah lama yang dibeli dengan harga RM600 di tanah besar.