Bangunan baru Masjid Paloh didirikan sebagai gantian kepada Masjid Tok Ku Paloh yang dikekalkan sebagai masjid tanpa Jumaat di atas tapak masjid baru yang letaknya kurang 500 meter dari tapak masjid asal. Keputusan dibuat setelah mengambilkira pandangan Sahibus Samahah Mufti. Jumaat pertama di atas bangunan baru telah diadakan pada 31 Januari 1992.