Pembinaan bangunan baru ini adalah menggantikan bangunan kayu yang asalnya sebagai surau sahaja, yang telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Esah binti Mustaffa. Pada tahun 1973, berikutan pertambahan penduduk surau tersebut dinaik taraf kepada masjid dan dinamakan Masjid Kubang Jela. Pada tahun 1974 dinaik taraf kepada masjid dan boleh sembahyang Jumaat. Bangunan baru ini mula digunakan pada 18.2.1992 sempena 14 Syaaban 1412.