Masjid Lerek mula dibina dalam tahun 1920 yang diketuai oleh Haji Yusof Said sebagai Imam dan En. Hitam bin Salleh sebagai Bilal. Terletak di atas lot 3810 KRM 1528 Mukim Kuala Nerus seluas 0.230 ekar, tanah yang diwakafkan oleh En. Embong bin Mat Zain. Bangunan asalnya beratapkan kulit kayu hasil derma dan gotong royong penduduk kampung ini serta kampung Banggol Binjai, Jeram Hulu dan Jeram hilir. Pada Tahun 1950 masjid ini dibaiki semula beratapkan bata. Bagi menampung pertambahan penduduk yang semakin bertambah maka pada tahun 1986 sekali lagi ia diperbesarkan.