Sebelum pembinaannya, penduduk setempat berjumaat di Masjid Bukit Tumbuh dan di Masjid Bukit Kandis yang jaraknya kira-kira 2 kilometer. Masjid ini terletak di atas lot 2799 KRM 2323 adalah tanah yang dibeli oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu bagi menggantikan (istibdal) tanah yang diwakafkan oleh Allahyarham Che Maha bagi tujuan pembinaan masjid yang terpaksa diambil balik oleh kerajaan.