Sejak tahun 1950 penduduk Kampung Atas Tol berjumaat di bangunan kayu berkonsepkan rumah Terengganu. Dibina di atas lot 506 (6992) GM 9281 Mukim Pengadang Buluh seluas 0.482 ha. Pada tahun 1978, Puan Teh bt Awang telah mewakafkan seluas 0.26689 ha tanah untuk pembesaran tapak masjid. Siap dibina dan mula digunakan pada15 March 1991 di atas tapak yang asal.
Masjid ini dihadiahkan oleh DYMM Sultan Brunei Pada tahun 1987, DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hasanal Bolkian Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan membiayai sepenuhnya pembinaan masjid yang dapat memuatkan kira-kira 1500 jemaah, bernilai RM 1.2 juta termasuk pembelian tanah seluas 0.4817 ha disekitar masjid dan didaftarkan atas nama Wan Nawang bin Jusoh, kemudiannya diwakafkan sebagai tapak masjid.
Setelah siap sepenuhnya, bangunan kayu dirobohkan dan dibangunkan semula sebagai Masjid Durian Kassim, Mukim Penghulu Diman, Hulu Terengganu.
BINAAN
Rekabentuk masjid disediakan oleh pihak JK masjid ini sendiri.