Masjid ini dibina bercorakkan rekabentuk klasik ala Eropah dimana terdapat menara yang dibina diluar bangunan dan satu kubah besar dibina ditengah-tengah bangunannya.
Bangunan masjid ini dibina daripada batu bata konkrit dan beratapkan genting dan keseluruhan dinding bangunan dan menara dihiasi dengan batu klasik seumpama bangunan di Eropah.
Masjid ini mempunyai satu aras ruang solat yang dilengkapi dengan permaidani untuk keselesaan para jemaah mengerjakan ibadah
KEMUDAHAN
Antara kemudahan yang terdapat ialah ruang parkir yang luas, pejabat, pondok rehat dan ruangan solat yang luas.,